MUIS DAN PENDIDIKAN ISLAM DI SINGAPURA


MERRI NATALIA S/SP

MUIS adalah badan yang bertanggung jawab dalam pelantikan anggota Lembaga Pentadbir Masjid dan pengurusan masjid. Sekarang terdapat 69 buah masjid di Singapura yang mana 22 buah masjid adalah masjid yang telah dibina di estet perumahan melalui Dana Pembinaan Masjid (DPM). DPM telah dimulai sejak tahun 1975 di mana pemerintah telah membantu dengan mekanisme potongan gaji sumbangan pekerja Islam. Masjid ini, selain mempunyai dewan musolla untuk solat, juga dilengkapi dengan ruang maslahah untuk kegunaaan jemaah, bilik persidangan, dewan serbaguna atau oditorium, bilik-bilik darjah untuk madrasah, kelas-kelas dan bengkel, pejabat pentadbiran dan madrasah, bilik aktiviti untuk program pembangunan sosial
dan lain-lain. Untuk memastikan masjid mempunyai sistem pengurusan dan ditadbir dengan baik, suatu proses pelantikan yang ketat lagi terperinci dilakukan bagi memastikan hanya calon- calon yang terbaik akan menduduki kepimpinan masjid-masjid Singapura. Proses ini bermula dengan mengundang individu yang berminat untuk berkhidmat di masjid yang dibuka kepada seluruh masyarakat Islam Singapura melalui iklan surat kabar dan notis di masjid-masjid. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah latar belakang yang baik dan bersih dari rekod jenayah dan tidak pernah muflis. Para pemohon yang pernah berkhidmat sebagai sukarelawan dalam jabatan kuasa kecil di masjid akan diberi keutamaan. Selain dari itu, MUIS juga mengambil  nasihat dan pandangan pemimpin-pemimpin masyarakat yang disegani sebelum pelantikan dilakukan. MUIS juga telah mengadakan Sistem Pembangunan Masyarakat Masjid yaitu suatu system sukarelawan di masjid-masjid agar aktivis-aktivis yang berkhidmat di masjid dapat dipantau untuk tujuan perluasan tanggungjawab, pengiktirafan dan penghargaan menerusi anugerah dan sebagainya. Satu mekanisme juga telah dilakukan  oleh MUIS untuk memastikan keutuhan perjalanan pimpinan baru masjid, Selain dari mempunyai Peraturan Pengurusan Masjid dan Peraturan Kewangan Masjid, seseorang individu tidak boleh memegang jabatan-jabatan penting seperti Pengurus atau Bendahara untuk lebih dari dua penggal berturut-turut (setiap penggal adalah untuk jangkamasa dua tahun). Semua masjid di Singapura dikehendaki oleh undang-undang di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) untuk menyerahkan akun keuangan mereka untuk diaudit pada setiap tahun (diaudit oleh juruaudit luar yang diluluskan) sehingga memastikan segalanya mengikuti Piawai Perakaunan Singapura dan Peraturan Kewangan Masjid (MFR). Hal ini menggambarkan bahwa sebagian besar sumber keuangan masjid adalah ;
1. Donatur masyarakat setempat
2. Infak dan sedekah
3.Subsidi kerajaan.
Hal ini juga dapat memastikan ketulusan dan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada masyarakat Islam Singapura yang telah menyumbang kepada dana masjid untuk
majunya pendidikan islam di mesjid singapura .
a.       Membentuk Semula Perisian
 Masjid perlu membentuk semula perisian atau kegiatan dengan menumpukan kepada Pembelajaran Islam dan Pembangunan Sosial yang mencorakkan kehidupan Muslim demi menghayati agama dan bersikap progresif. Sudah tentu ini memerlukan pendekatan berbeza untuk menyampaikan dengan lebih berkesan ilmu agama dalam menangani cabaran kumpulan usia yang berbeda. Ini juga memerlukan dibangunnya masjid sebagai masjid kejiranan (constituency) yang menyentuh setiap kalbu masyarakat sekitarannya. Membentuk Semula Perisian ini dibagikan kepada dua aspek yaitu Membentuk Semula Perisian Pembelajaran Islam dan Pembangunan Sosial.
b.      Membentuk Semula Perisian – Pembelajaran Islam Dalam konteks Singapura,
 Masjid telah memberi banyak sumbangan dalam memenuhi keperluan pembelajaran Islam bagi ummah. Namun, kita perlu menyimak dan menilai Strategi, seperti Merombak kurikulum Strategi utama dalam membentuk kehidupan beragama ummah sudah tentulah memastikan setiap Muslim menerima Pendidikan Islam sesuai dengan golongan usianya. Ini memerlukan perisian Pendidikan Islam di masjid dirombak dan program jangkauan ini hendaklah mendekati setiap Muslim di sekitaran masjid. Berdasarkan Sistem Pendidikan Islam Singapura (Singapore Islamic Education System-SIES) pada Julai 2004, MUIS telah mempelopori Pendidikan Asas Islam siri program L.I.V.E (Learning Islamic Values Everyday) yang memastikan pendidikan agama mengisi keperluan khusus masyarakat Islam dalam suasana kosmopolitan dan modern baik dari anak-anak sampai dewasa. Pendekatannya yang merangsang dan intreraktif itu telah mendapat respon yang sangat intensif dari pelajar, orangtua, guru-guru dan masyarakat di Singapura. Sebagai permulaan melalui program Umur 5 tahun sampai 8 tahun, pendidikan agama akan menjadi lebih berkesan karena masyarakat Islam dapat mengamalkan dan memahami Islam dalam konteks realiti yang sedia yang ada. Sarana Pendidikan Islam Selain pendidikan asas untuk masyarakat Islam, beberapa masjid di Singapura juga telah dikenal pasti sebagai Pusat Pendidikan Islam khusus dalam beberapa bidang Pembelajaran Islam. Antara bidang ini termasuklah pengajian Al-Quran dan Hadis, kepahaman antara agama dan Peradaban Islam. Ini adalah untuk membangunkan kepakaran dan khidmat agama setempat yang mencukupi demi mengisi keperluan menyeluruh ummah. Masjid-Masjid tersebut ialah : Masjid Kampong Siglap - Pengajian Al-Quran/Tahfiz Masjid Omar Kg Melaka - Pengajian Al-Quran/Tahfiz Masjid Assyafaah - Pengajian Hadis Masjid Assyakirin - Tamadun Islam Masjid An-Nahdhah - Pusat Harmoni Masjid An-Nur - Pengajian Bahasa Arab Masjid En-Naeem - Pemikir Islam Masjid Darussalam - Islam dan Pemikiran Barat Masjid Al-Iman - Pengajian Fiqh Jati Diri Muslim Singapura [ SDM ] Sebagai strategi menyeluruh untuk menjadikan masyarakat Islam yang makmur, cemerlang dan memberi sumbangan aktif kepada Singapura, MUIS dengan bantuan pihak-pihak kepentingan (stakeholders), telah menciptakan suatu model masyarakat cemerlang. Agendanya ialah untuk membangun Masyarakat Islam Cemerlang yang menghayati agamanya di samping berjaya dengan mengamalkan 10 ciri luhur Masyarakat Islam Cemerlang Singapura yaitu:
1.      Berpegang teguh akan prinsip Islam sambil menyesuaikan diri dengan konteks yang berubah.
2.      Mempunyai moral dan sifat kerohanian yang utuh, mampu mengatasi kesabaran dan kehidupan masyarakat modern.
3.      Progresif, mengamalkan Islam lebih dari pada sekadar ritual/bentuk dan dapat menyesuaikan diri dengan arus pemodernan.
4.      Menghayati tamadun dan sejarah Islam dan berupaya memahami isu semasa.
5.      Menghargai lain-lain ketamadunan dan yakin diri untuk berinteraksi serta belajar dari masyarakat lain.
6.      Percaya bahawa Muslim yang baik adalah rakyat yang baik.
7.      Dapat menyesuaikan diri sebagai golongan yang memberi sumbangan dalam masyarakat berbilang agama dan negara sekular.
8.      Membawa kesejahteraan kepada semua dan menggalakkan nilai dan prinsip islam.
9.      Tidak menyendiri dan mengamalkan kehidupan majemuk islam
10.  Menjadi contoh dan inspirasi kepada semua. Namun pendekatan ini bukanlah untuk mewujudkan satu jenama baru Islam. Sebaliknya ia adalah suatu pengiktirafan kepada kehidupan masyarakat Singapura yang majemuk dan tidak menafikan aneka cabaran yang dihadapi setiap anggotanya dalam usaha membentuk jati diri Muslim Singapura.
c.        Metode atau strategi Membentuk Semula Perisian – Pembangunan Sosial
Masjid-masjid di Singapura juga berperan penting dalam pembangunan sosio-agama masyarakat. Walaupun penting bagi masjid menjadi tempat berwenang bagi ibadah dan pembelajaran Islam, konteks Singapura menuntut masjid juga memainkan peranan lebih besar lagi dalam pembangunan sosio-agama bagi masyarakat. Dalam konteks kini, usaha masjid ini dapat memberi nilai tambah kepada agensi yang ada dengan melengkapi usaha mereka menghubungkan golongan yang memerlukan dengan penyedia khidmat sosial. Tiga strategi dan sembilan cadangan telah dikenal pasti dan disetujui. Antara tiga strategi itu ialah :  Strategi 1 : Masjid Mesra Belia, Belia merupakan golongan yang besar dalam masyarakat Islam Singapura. Dengan arus pemodernan yang sangat pesat, sekitaran sosial yang meluas agenda belia ini telah diambil secara serius oleh pimpinan masjid menerusi panduan mesra belia untuk mewujudkan ruang dan kecenderungan yang sesuai untuk belia ketika di masjid. Kawasan 'lepak' belia yang 'gerek' dengan ciri tersendiri telah dilaksanakan di beberapa masjid dan pendekatan lebih mesra untuk menarik belia ke masjid. Pekerja sosial belia (youth worker) juga telah digajikan di beberapa masjid untuk menangani persoalan belia secara profesional untuk mengadakan program pembangunan belia secara lebih teratur dan berkesan.  Strategi 2 : Masjid Mesra Keluarga, Untuk menjadi masjid yang mesra keluarga, beberapa masjid juga telah disesuaikan untuk menjadi pusat bagi kegiatan bersama keluarga. Pendekatan ini telah diambil demi menjadikan masjid mesra keluarga dan menangani masalah keluarga. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan peranan Imam Eksekutif masjid selain sebagai memimpin pembangunan kerohanian jemaah juga meliputi tugas Naib Kadhi. Lantas pasangan muda yang nikah akan terus mendapat bimbingannya sebagai pembimbing (mentor) pasangan tersebut.  Strategi 3 : Masjid Mesra Masyarakat,  Usaha juga telah dilakukan oleh beberapa buah masjid untuk menjadikan masjid mesra masyarakat dalaman (internal), luaran (external), pemimpin akar umbi, organisasi/institusi sekitaran masjid dan organisasi pemerintah. Antaralain yang telah dilakukan untuk jemaah dalaman masjid ialah seperti Sesi Bertemu Jemaah (Meet Jemaah Session) di mana sesi bual mesra bersama jemaah untuk lebih kenal, mendapatkan maklum balas dan memaklumkan program masjid kepada jemaah. Bagi jemaah luaran program lawatan ke rumah-rumah penduduk Islam telah dilakukan untuk selain berkenal mesra, mendapatkan maklum balas dan menyampaikan program kegiatan masjid kepada penduduk adalah juga untuk memantau sekiranya ada penduduk yang bermasalah maka dapat diberi bantuan atau disalurkan kepada badan-badan bantuan. Sistem 'qaryah' juga telah dilaksanakan oleh beberapa masjid sebagai rangkaian jabatan kuasa kecil masjid di estet-estet perumahan untuk memberi maklum balas masyarakat, merangsang semangat sistem bantuan keluarga berangkai dan menyalurkan keluarga susah dalam kejiranan kepada masjid. Dalam konteks yang lebih besar, MUIS dengan beberapa masjid juga telah mengadakan usaha untuk menonjolkan imej positif Islam menerusi projek "Rahmatan Lil Alamin". Ini adalah projek muhibah masyarakat dan bantuan ihsan tanpa mengira kaum dan agama. Ini adalah sejajar dengan agama Islam sebagai "rahmat" atau kesejahteraan kepada setiap orang di Singapura khususnya di seluruh alam. Contoh projek yang telah dijalankan di luar negeri ialah bantuan mangsa Tsunami di Aceh dan di dalam negeri seperti membersih pantai Sembawang di Singapura setiap bulan sekali bersama badan-badan akar umbi penduduk bukan Islam. Ini adalah antara usaha untuk membetulkan tanggapan negative terhadap Islam akibat gambaran tidak tepat oleh media sejagat.
d.      Menyusun Semula Kepimpinan Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan masjid agar lebih berkesan dan efektif.
MUIS sentiasa berusaha untuk memperkasa kepimpinan masjid dengan meningkatkan kemahiran pengurusan dan pembangunan masjid. Tiga strategi dan delapan cadangan telah disetujui dalam menyusun semula kepimpinan. Tiga strategi itu ialah : Startegi 1 : Menilai kembali struktur pimpinan masjid untuk meningkatkan martabat kepimpinan. Strategi 2 : Memperkukuh dan meningkatkan lagi kepimpinan masjid Strategi 3 : Memberi semangat sivik melibatkan masyarakat sekitaran Strategi.
e.       Menyusun Semula Kepimpinan Masjid Pimpinan merupakan faktor utama dalam melaksanakan agenda pembentukan semula masjid.
Dengan isu masyarakat yang kian rumit, pimpinan masjid perlu mengambil peranan yang lebih strategi dengan melakarkan rencana jangka pendek dan panjang diterap serta dipantau secara tetap. Ini bermakna pengurusan masjid harus ditugaskan kepada pekerja sepenuh masa dan mempunyai kepakaran dalam ilmu pengurusan. Justru itu Muis telah memperkenalkan skim Pemimpin Eksekutif Profesional (PEL) seperti Pengerusi Eksekutif, Setiausaha Eksekutif dan Pengurus Masjid.
f.        Menyusun Semula Sistem MUIS
Dalam usaha untuk menyusun semula sistem telah mengenal pasti tiga strategi dan tujuh cadangan. Tiga strategi itu ialah : Strategi 1 : Mengenal dan Melaksanakan Idea Keusahawanan Sosial Sebuah pusat urusan perkongsian khidmat telah ditubuhkan dengan usahasama MUIS dan masjid. Dengan ditadbirkan secara profesional, pusat ini telah memberikan khidmat bersama yang bermutu dan mematuhi syarat berkanun. Proses khidmat penting seperti buku kira-kira dan perakaunan, pentadbiran sumber manusia, teknologi maklumat dan penyenggaraan masjid telah dipusatkan demi menikmati penjimatan besar ekonomi. Hasilnya, kos pengendalian keseluruhan dapat dikurangkan, sumber digerakan untuk tugas-tugas utama dan syarat-syarat berkanun dipatuhi dengan lebih baik. Beberapa masjid di Singapura telah mula menggunakan khidmat bersama (shared services) ini.
Strategi 2 :Memaksimumkan Pulangan dengan Perkongsian Sumber Sebuah pusat urusan perkongsian khidmat telah ditubuhkan dengan usahasama MUIS dan masjid. Startegi 3 : Masjid Contoh Cemerlang, Selain daripada Anugerah Masjid Cemerlang yang dianjurkan MUIS sejak tahun 2000, ia juga telah memperkenalkan Sistem Masjid Cemerlang (Mosque Excellence System - MES) demi pengurusan yang baik. Sistem ini menyediakan kerangka menyeluruh bagi masjid untuk mencapai peningkatan, pertumbuhan dan pembangunan. Ia mengandungi 'benchmark' bagi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) untuk menyediakan khidmat bermutu tinggi kepada jemaah, di samping memastikan sistem dan sumbernya dapat tumbuh demi mencapai MES telah dibangunkan berdasar kerangka Anugerah Kualiti Singapura (Singapore Quality Award - SQA) yang disandarkan pada Anugerah Kualiti Kebangsaan Malcolm Baldridge Amerika Syarikat, Anugerah Kualiti Eropah dan Anugerah Kecemerlangan Niaga Australia. Masjid yang ingin mendapatkan Pensijilan Masjid melalui MES hendaklah membuat penilaian MES terlebih dahulu sebelum proses pengiktirafan boleh dianugerahkan. Masjid yang dianugerahi sijil ini boleh berkongsi amalan terbaik mereka dan boleh juga mendapat pengiktirafan kebangsaan dengan memohon Anugerah Kelas Kualiti Singapura (Singapore Quality Class - SQC) dan meneruskan perjalanan ke arah kecemerlangan
DAFTAR PUSTAKA
1.       Abuddin Nata, Kapita Selekta Pendidikan Islam, Angkasa Bandung, 2003
2.      Daulay, Kedah : Pustaka Darussalam, 2000, Dinamika Pendidikan Islam di Asia Tenggara,  
3.      Rineka Cipta, Jakarta, 2009 Hemiati, Dinamika Islam Asia Tenggara, Suska Press, 2008
4.      http://www.ikdar.com/?pilih=news&mod=yes&aksi=lihat&id=53 Sembodo Ardi Widodo, Kajian Filossofis Pendidikan Barat dan Islam

No comments:

Post a Comment