REVOLUSI RUSIA 1905

SHALEHATUL MAWADDAH/PIS

Sejarah telah membuktikan betapa besarnya kuasa rakyat sehingga mampu menjatuhkan sebuah kerajaan yang utuh misalnya empayar Tsar di Rusia. Idea-idea revolusioner yang diwujudkan oleh golongan intelek seperti Leon Trotsky, Rosa Luxemburg, George Gapon, Karl Marx dan ramai lagi berjaya menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk bangkit menenteng rejim autokratik Tsar yang menindas kehidupan mereka. Tiada unsur demokrasi lansung semasa pemerintahan Tsar dan rakyat terutamanya golongan pekerja atau buruh hidup dalam keadaan tertekan serta kesulitan. Hal inilah yang menyebabkan api semangat revolusioner membara sehingga meletus pada tahun 1905.
Kekalahan berturut-turut Rusia kepada Jepun pada bulan Januari tahun 1904 menyebabkan Jepun berjaya menguasai beberapa tempat penting misalnya Port Athur, Vladiostok, Utara Mukden dan Sungai Sha. Rentetan daripada kekalahan ini, golongan Revolusioner Sosialis tampil menuntut demokrasi dan sistem berpelembagaan ditubuhkan, namun ditolak oleh Tsar menyebabkan mereka bertindak ganas dengan membunuh Menteri Dalam Negeri, Plehve dan Sipiagin. Seorang paderi yang berpengaruh iaitu George Gapon pula meniup semangat revolusi dalam kalangan pekerja-pekerja kilang dan hasilnya sebuah perarakan aman diadakan menuju ke Istana Tsar Nicholas II pada hari Ahad, 9 Januari 1905 bertujuan untuk menuntuk hak demokrasi rakyat. Namun tentera-tentera Tsar bertindak ganas dengan menembak pekerja-pekerja kilang ini dan kesannya hampir 500 orang terbunuh dan beribu-ribu tercedera. Peristiwa ini dikenali sebagai Blood Sunday atau Ahad Berdarah kerana kematian ramai orang-orang awam dan boleh dikatakan sebagai permulaan awal tercetusnya Revolusi 1905 menyebabkan tercetusnya revolusi ini dan asas utamanya ialah perasaan tidak puas hati rakyat terhadap golongan pemerintah.
diawali dengan adanya pemogokkan umum di St.Petrograd/Leningrad)Pemogokan yang terjadi di St Petersbrug itu diikuti oleh seluruh bangsa Rusia.selanjutnya kaum Buruh di St Petersbrug membentuk Dewan Buruh (Soviet),kemudian diikuti oleh buruh-buruh diseluruh negara Rusia.gerakan kaum buruh dan rakyat Rusia semakin bertambah besar itu,mendesak Tsar Nicholas II untuk membuat Undang-Undang Dasar(UUD) bagi  Rusia.UUD itu dibentk dan diumumkan oleh Tsar pada bulan Oktober 1905,yang kemudian lebih dikenal dengan sebutan Oktober Manifesto1905.
Dengan keluarnya UUD Tersebut,kaum Liberal merasa Puas.namun,kaum sosialis dan Komunis merasa tidak puas dan melanjutkan berbagai bentuk pemberontakan.Pemberontakan itu dapat ditindas dengan kejam oleh angkatan perang Rusia yang masih setia terhadap Tsar.Revolusi Rusia tahun 1905 ini memunculkan beberapa akibat sebagai berikut.
·         Adanya perubahan agraria dari Menteri Stolypin th. 1906.
·          Dibentuknya Dewan Perwakilan Rakyat(Duma)
revolusi 1905 ini tidak berjaya membawa perubahan besar kepada sistem pentadbiran serta struktur politik Rusia. Kejayaan revolusi ini bukannya bergantung kepada pengaruh golongan liberal atau sosialis, namun perasaan ketidakpuasan hati petani dan buruh juga memainkan peranan penting dalam revolusi ini. Oleh sebab itu, jika dilihat kebanyakan parti-parti politik misalnya Kadet cuba untuk mempengaruhi petani dan golongan pekerja kerana kuasa dan suara mereka lebih kuat. Walaupun revolusi ini tidak berjaya membawa perubahan besar, namun harus diingat ia merupakan rentetan awal penentangan rakyat terhadap kuasa Tsar.
            Justru itu, revolusi 1917 merupakan lanjutan daripada revolusi 1905 kerana rakyat masih menuntut hak mereka diberikan sepenuhnya dan tidak ada lagi campurtangan Tsar dalam aspek pentadbiran kerajaan.
 Amat menyayat hati apabila revolusi 1917 telah menyebabkan keseluruhan keluarga Tsar dibunuh oleh golongan radikal revolusioner.
 Selepas revolusi 1917 berlaku, Rusia mengamalkan sistem berpelembagaan penuh dan hak rakyat mula terjamin kerana tiada lagi campu tangan Tsar  dalam pentadbiran kerajaan.
Sumber: Wayan,I Badrika.2006.Sejarah Untuk  SMA Kelas xll.Jakarta.Penerbit Erlangga
http://www.hazriey-secebisilmu.blogspot.com/.../revolusi-1905
http://www. endless722.wordpress.com/2009/05/20/revolusi-rusia/

No comments:

Post a Comment