Halaman

Sejarah Berdirinya Muay Thai di Thailand

ARI GABRIEL SEBASTIAN/SAT
Kata Muay berasal dari bahasa Sansekerta "mavya" ("tinju bela diri") dan Thai berasal dari kata "Tai" ("suku Thai"). Muay Thai disebut sebagai "Seni Delapan Tungkai" atau "Ilmu Delapan Tungkai" karena tehniknya sangat sarat menggunakan pukulan, tendangan, siku dan serangan lutut, sehingga penggunaan delapan "titik kontak", yang berbeda dengan tehnik "dua poin" (tinju) di tinju gaya Barat dan "empat poin" (tangan dan kaki) yang digunakan dalam seni bela diri yang berorientasi olahraga. Seorang praktisi Muay
Thai dikenal sebagai nak Muay , sedangkan praktisi Barat, kulit putih atau non-Asia Tenggara kadang-kadang disebut nak Muay farang, yang berarti "Petinju Asing".
Muay Thai atau Tinju Siam merupakan ilmu beladiri sofistikated yang wujud lebih daripada 2000 tahun lampau akibar konflik dan peperangan. Seni tempur bangsa Siam ini berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan menjadi sukan gelanggang yang utama di Thailand. Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini menjadi seni beladiri kepada semua rakyat baik lelaki mahupun perempuan dan menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Siam. Tiada ilmu tempur yang bersifat spiritual sepertinya yang mana kanak-kanak di Thailand sejak kecil lagi diajar salah satu cabang kickboxing yang paling berbahaya di dunia. Muay Thai adalah suatu seni yang bersiratan dengan pelbagai jenis beladiri utama. Teknik-tekniknya hampir sama dengan Pradal Serey Kemboja, Lethwei Burma, Kali Filpina, Jun Fan dan Pencak Silat. Maksud sebenar Muay Thai ialah tinju bebas.
Sejarah awal kewujudan Muay Thai tidak dapat dipastikan tetapi sejarah perkembangannya banyak dikaji oleh sarjana. Apabila Burma menyerang ibu negara Thai kektika itu, Ayutthaya, kebanyakan dokumen sejarah hilang bersama laporan perkembangan Muay Thai. Sejarah yang diketahui kini adalah daripada rekod peristiwa kerajaan Lanna di Chiang Mai. Namun, terdapat dua teori utama tentang sejarah asalnya.
Teori pertama menyatakan bahawa Muay Thai diwujudkan oleh penduduk Thai yang berhijrah dari daerah Yunan di selatan China ke kawasan baru yang dikenali sebagai Thailand. Mereka menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh dan secara tidak langsung memperkembangkan suatu sistem peperangan yang dikenali sebagai Krabi Krabong (ilmu senjata tradisional) dan Muay Chao Chur yang akhirnya dikenali sebagai Muay Thai.
Teori kedua pula menyatakan bahawa penduduk Siam sudah menetap di Thailand sejak sekian lama lagi di bawah empayar Angkor dan pengaruh seni beladiri Bokator telah diubahsuai dan dinamakan Muay Boran yang akhirnya menjadi Muay Thai. Berdasarkan rekod kuno, ahli sejarah menyatakan bahawa Muay Boran digunakan dalam peperangan dengan Burma, China dan Vietnam. Bahan rujukan awal bertarikh 1411 menyatakan bahawa gaya pertempuran tanpa senjata (Muay Boran) merupakan penentu utama kekuasaan raja Thai.
Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom Tom semasa peperangan Burma-Siam. Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000 bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar diraja Ayutthaya. Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774, Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam. Raja mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa Saim dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran. Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih dahulu. Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton perlawanan itu fikir bahawa tarian tadi mempunyai sihir dan mahu pertarungan diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan menewaskan mereka dengan teknik yang sama. Tanpa naluri nelas kasihan, Tom menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil tetapi sangat berbahaya. Sejarah kehebatan Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan lagenda Thai itu kini dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan. 
Raja Prachao Sua – The Tiger King merupakan salah seorang penggerak sukan ini. Baginda begitu meminati Muay Thai dan sering menyamar sebagai rakyat biasa untuk bertarung di kampung-kampung dan mengalahkan juara tempatan. Baginda bukan sahaja aktif dalam sukan ini malah memperkenalkan kelengkapan untuk digunakan semasa bertarung. Pada awal pemerintahannya, tangan peninju dibalut dengan ekor kuda. Selepas beberapa ketika, ekor kuda digantikan dengan kain kapas atau tali rami yang dipintal. Bagi pertarungan khusus dan dengan persetujuan peninju, serpihan kaca dilekatkan dengan gam pada ikatan tangan. Semasa pemerintahannya juga, negara Siam berada dalam keadaan aman. Raja Prachao Sua mengarahkan tenteranya supaya berlatih Muay Thai bagi mengisi masa lapang mereka.
Semasa pemerintahan Raja Rama V, kebanyakan pertandingan dianjurkan pihak istana. Peninju diberikan ganjaran pangkat dalam tentera oleh raja sekiranya menang. Semasa pemerintahan Rama VI pula, beberapa perubahan berlaku. Antaranya pengenalan gelanggang yang dikelilingi oleh tali dan penggunaan jam. Sebelum ini, masa perlawanan ditentukan dengan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk dan dimasukkan ke dalam air. Apabila tempurung kelapa tenggelam, dram akan dibunyikan menandakan perlawanan tamat.
Muay Thai moden mula wujud pada tahun 1930-an apabila glove kulit diperkenalkan. Pusingan perlawanan dan kelas berat badan juga mula diseragamkan. Perubahan zaman menjadikan Muay Thai berubah dalam pelbagai bentuk. Muay Thai bukan lagi ilmu bertempur tentera Siam tetapi menjadi ilmu beladiri untuk semua. Namun tradisi pertarungan masih diteruskan dan Muay Thai terbukti sebagai sukan gelanggang paling menarik dan salah satu beladiri paling efektif di dunia. Dalam pertandingan K-1, Vale Tudo, Pride dan UFC, Muay Thai mendominasi setiap pertarungan dalam gelanggang.
Pada hari ini, pelbagai jenis beladiri memantapkan lagi teknik dan taktik bertempur mereka dengan gaya Muay Thai. Ia juga menjadi sistem tempur tanpa senjata pasukan elit Navy SEALs, CIA, Komando Beret Hijau dan Agensi Perkhidmatan Rahsia (pengawal peribadi presiden) di Amerika Syarikat. Keberkesannya dalam pertempuran sebenar dengan pergerakan minimum menjadikan Muay Thai sebagai senjata utama bagi Dynamic Entry Person dalam pasukan SWAT. Pada 1964, pakar beladiri Karate telah meminjam lalu mengubahsuai dan menggelarnya 'Kickboxing'.
DAFTAR PUSTAKA :
-          http://muaythaikediri.blogspot.com/2011/02/sejarah-singkat-muay-thai.html
-          Christoph Delp, Muay Thai: Advanced Thai Kickboxing Techniques, Frog Books, 2004.
-          Christoph Delp, Muay Thai Basics: Introductory Thai Boxing Techniques, Blue Snake Books, 2005.

No comments:

Post a Comment